Thursday 1 November 2012

SASARAN PERNIAGAAN

Setiap perniagaan mempunyai sasaran pasarannya yang tersendiri. Oleh itu, kami juga mempunyai sasaran pasaran kami yang tersendiri. Sasaran pasaran bagi perniagaan kami iaitu, perniagaan  rancang dan sedia makanan pencuci mulut dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu berdasarkan aspek demografi, geografi, dan psikografi.

Psikografi

Selain itu kejayaan sesebuah syarikat itu juga bergantung kepada penyasaran dari aspek psikografi yang dilakukan pemasar. Oleh itu kaedah asas psikografi ini cuba untuk membahagikan pasaran kepada kumpulan-kumpulan berdasarkan kelas sosial iaitu, kedudukan seseorang dalam masyarakat, gaya hidup dan ciri-ciri personaliti seseorang. Faktor pertama yang dilihat didalam aspek pskografi iaitu dari segi kelas sosial dimana ia mencerminkan nilai dan keutamaan yang berbeza dari segi corak belian yang dibuat oleh kelas atasan, pertengahan, dan bawahan. Didalam kelas sosial apa yang kita dapat lihat iaitu bagi pasaran penyediaan perkhidmatan coklat ini ia lebih kepada golongan yang berada di kelas atasan yang lebih berminat ketika sebarang majlis dengan membeli produk kami. Dimana mereka lebih mementingkan didalam menjaga status mereka sebagai orang-orang yang penting dan kenamaan berbanding dengan masyarakat yang berada di kelas bawahan yang mana mereka jarang sekali dalam mengambil perkhidmatan penyediaan coklat ini ketika majlis kerana mereka hanya menganggap produk ini sebagai barangan sampingan sahaja.
Didalam aspek psikografi ini juga melibatkan dalam faktor Gaya atau Corak hidup yang mana Ia menerangkan tentang aktiviti, minat, dan pendapat kumpulan pasaran tentang aspek-aspek kehidupan seperti kesihatan, kecergasan, persekitaran dan sebagainya. Jika kita lihat gaya hidup seseorang itu yang mana individu tersebut minat terhadap sesuatu produk itu, maka sesuatu pembelian itu bergantung kepada tahap minat individu tersebut. Kini kebanyakkan golongan remaja berminat akan produk yang kami tawarkan. Begitu juga ketika sebarang majlis yang mereka lansungkan tambahan lagi di Universiti Malaya ini kebanyakkan pelajar terdiri daripada golongan remaja maka minat mereka terhadap coklat adalah tinggi dan jika terdapat sebarang majlis tidak mustahil mereka akan mengambil produk kami sebagai memeriahkan majlis.
Selain itu faktor personaliti juga terdapat didalam aspek psikografi iaitu seperti melibat seseorang individu yang inginkan kelainan. Mungkin juga dikalangan pelajar inginkan kelainan ketika sebarang majlis dilangsungka. Maka produk kami mungkin akan menjadi pilihan mereka.

No comments:

Post a Comment