Thursday 1 November 2012

SASARAN PERNIAGAAN

Setiap perniagaan mempunyai sasaran pasarannya yang tersendiri. Oleh itu, kami juga mempunyai sasaran pasaran kami yang tersendiri. Sasaran pasaran bagi perniagaan kami iaitu, perniagaan  rancang dan sedia makanan pencuci mulut dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu berdasarkan aspek demografi, geografi, dan psikografi.


Demografi

Demografi merujuk kepada pengkajian ciri-ciri statistik penduduk. Jenis-jenis data digunakan secara meluas dalam bidang sosiologi, dasar awam dan pemasaran. Biasanya demografi diperiksa melalui jantina, bangsa, umur, golongan kurang upaya, mobiliti, pemilikan rumah, status pekerjaan dan juga tempat lokasi. Trend demografi menggambarkan sejarah perubahan dalam demografi penduduk dari masa ke semasa contohnya, umur purata penduduk boleh meningkat atau menurun mengikut aliran zaman.

Statistik Pemasaran Coklat di Malaysia
Pemasaran Coklat di Malaysia telah mengalami kenaikan pertumbuhan kompaun tahunan sebanyak 4.5% antara tahun 2004 dan 2009. Segmen acuan bar coklat pula menerajui pemasaran coklat di Malaysia pada tahun 2009 dengan perkongsian sebanyak 50.1%. Kini, syarikat yang utama dalam pemasaran coklat di Malaysia ialah Cadbury.
Laporan daripada  sumber web berikut:
telah menyatakan bahawa Malaysia adalah antara negara yang mempunyai kadar pemakanan coklat yang tertinggi di Asia Tenggara. Laporan juga menyatakan bahawa pemakanan coklat di sini rata-rata 500gram per kapita. Hal ini lebih tinggi daripada kadar yang ditemui di India iaitu 80-100gram sahaja. Memandangkan Malaysia merupakan pengguna yang mempunyai kebiasaan untuk berbelanja secara berlebihan untuk makanan, tidak hairanlah jikalau perkara ini mendorong syarikat-syarikat seperti Van Houten, Cadbury dan Kraft Foods untuk terus melabur dan mengeluarkan produk yang lebih inovatif.
Kadar perbelanjaan untuk makanan ringan seperti coklat mencapai anggaran sebanyak 5.2% daripada pendapatan bulanan.
Menurut tinjauan yang dilakukan, penduduk Malaysia lebih suka kepada coklat yang pahit atau lebih dikenali sebagai dark chocolate. Coklat jenis ini lebih mahal jikalau dibandingkan dengan harga coklat lain. Juga, coklat jenis ini lebih berkhasiat kerana dapat membantu melawan sel-sel kanser dalam tubuh badan. Perkara ini mungkin dapat menjelaskan mengapa kadar perbelanjaan terhadap coklat agak tinggi di Malaysia jikalau dibandingkan dengan negara serantau yang lain.

Pengguna (Consumer)
Tingkah laku pengguna adalah melalui kajian individu, kumpulan atau organisasi dan proses yang digunakan untuk memilih, menyelamat dan melupuskan produk, perkhidmatan, pengalaman atau idea untuk memenuhi keperluan dan kesan bahawa proses ini mempunyai atas pengguna dan masyarakat. Ia menggabungkan unsur-unsur dari psikologi, sosiologi, antropologi sosial dan ekonomi. Ia cuba untuk memahami keputusan pembeli proses membuat, kedua-dua individu dan dalam kumpulan. Ia mengkaji ciri-ciri pengguna individu seperti demografi dan pemboleh ubah tingkah laku dalam usaha untuk memahami kehendak rakyat. Ia juga cuba untuk menilai pengaruh pada pengguna dari kumpulan-kumpulan seperti keluarga, rakan-rakan, kumpulan rujukan dan masyarakat secara amnya.
Untuk perniagaan yang telah kami rancangkan, sasaran penggunanya atau pembeli produk yang akan dipasarkan iaitu coklat dan pencuci mulut ditumpukan kepada pengunjung yang datang ke Universiti Malaya. ‘Pengunjung’ ini terbahagi kepada penuntut-penuntut di Universiti seperti para mahasiswa, penetap kolej, pekerja buruh dan juga mereka yang hadir sekadar untuk melawat.
Berdasarkan aspek umur, perniagaan kami terbuka kepada semua lapisan umur tidak kira kanak-kanak, dewasa, mahupun yang telah dimamah usia. Hal ini demikian kerana, makanan pencuci mulut ini tidak hanya tertumpu kepada coklat sahaja, malahan terdapat juga makanan-makanan lain yang berkhasiat seperti yogurt dan buah-buahan, Hal ini jelas menunjukkan bahawa setiap lapisan umur boleh membuat pilihan untuk memakan makanan yang sesuai dengan umur mereka.
Dari segi aspek jantina pula, sasaran perniagaan kami tidak hanya menumpukan terhadap satu jantina sahaja malahan kami mensasarkan kedua-dua jantina iaitu, lelaki dan perempuan. Hal ini demikian kerana, makanan pencuci mulut yang kami sediakan sesuai dimakan tanpa perlu melihat aspek jantina berlainan dengan perniagaan lain yang perlu mengasingkan sasaran perniagaan. Contoh perniagaan pakaian perlu menetapkan sasaran lelaki atau perempuan. Hal ini berbeza dengan perniagaan kami yang mempunyai skop sasaran perniagaan yang lebih luas.
        


No comments:

Post a Comment