Monday 12 November 2012

AMIRAH NABILAH BTE JAAFAR (JEB 110723)


Apa yang saya rasa dan saya pelajari melalui aktiviti ini?

Aktiviti kelmarin telah memberi peluang kepada setiap pelajar mengumpul pengalaman menjadi pihak-pihak yang terlibat dalam urus niaga biasa dalam sesebuah perniagaan. Walaupun ia hanya aktiviti yang mudah, saya dapat melihat cara urus niaga yang melibatkan registrar, banker, company (employer), employee, customer dan supplier. Saya pelajari cara yang betul dalam mewujudkan hubungan professional antara pihak. 

Di samping itu, saya dapat mengenalpasti kekurangan serta kekuatan saya apabila mencuba berkomunikasi dengan pihak-pihak yang lain. Saya berpendapat bahawa aktiviti ini banyak membantu pelajar dalam berkomunikasi serta mendidik pelajar tentang urus niaga yang asas. Selain itu, saya dapat melihat bahawa tanggungjawab dan amanah yang dipegang oleh setiap pihak yang terlibat amat penting di samping cara komunikasi yang baik. Perkara-perkara ini merupakan perkara asas yang wajib wujud dalam setiap individu yang terlibat.

Apa yang saya pelajari apabila menjadi seorang usahawan?

Saya dipilih menjadi seorang pengguna atau consumer. Sebagai seorang pengguna, saya harus membuka akaun, membuat pinjaman wang atau mengeluarkan wang dari akaun di bank. Sebaga pengguna, saya dapat melihat cara-cara berbeza yang digunakan oleh para usahawan untuk memikat pelanggan agar melanggan jualan mereka. Ada yang memberi tawaran yang hebat, ada pula yang cuba menjual produk pada harga yang dianggap murah.


Seorang pelanggan atau pengguna merupakan antara pihak yang penting dalam menentukan keuntungan sebuah syarikat atau seorang usahawan kerana dapatan yang diraih kebanyakannya dari usaha penjualan kepada pelanggan. Oleh itu, kebolehan sesebuah syarikat untuk menarik pembeli amat penting. Sebagai seorang pelanggan, saya boleh menerima atau menolak tawaran yang diberikan. Dalam erti kata lain, saya tiada obligasi untuk membeli sesutatu produk dari mana-mana usahawan, contohnya pembelian "oreo goreng" yang dipasarkan oleh usahawan dalam aktiviti. Setiap pengurusan adalah bebas. Sebagai seorang pelanggan, saya merasakan bahawa keunikan dan daya penarik sesebuah produk yang dijual memainkan peranan besar dalam aspek menarik minat untuk membeli. Sesebuah produk yang eksklusif mungkin dapat menjamin pembelian dari pihak pengguna kerana keunikannya. Jikalau sesebuah produk yang dijual itu dapat dicari dengan mudah, pelanggan tersebut akan mencari produk alternatif yang lebih murah. Strategi harga (pricing strategy) dari pihak penjual juga dapat mempengaruhi pelanggan. 

Sebagai seorang consumer, saya juga mengalami bajet yang terhad (faktor luaran seperti dapatan dsb) Dengan itu, harga sesebuah produk merupakan antara faktor yang penting dalam menentukan "tahap keperluan"  

No comments:

Post a Comment