Thursday 1 November 2012

SASARAN PERNIAGAAN

Setiap perniagaan mempunyai sasaran pasarannya yang tersendiri. Oleh itu, kami juga mempunyai sasaran pasaran kami yang tersendiri. Sasaran pasaran bagi perniagaan kami iaitu, perniagaan  rancang dan sedia makanan pencuci mulut dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu berdasarkan aspek demografi, geografi, dan psikografi.

Perniagaan yang menguntungkan pastinya perniagaan yang tidak menggunakan modal yang banyak dan memiliki skop pasaran yang luas. Dengan cara meminimumkan kos pengeluaran usahawan dapat memaksimumkan keuntungan . Justeru kami telah memilih untuk menjalankan perniagaan sebagai ejen penyedia booth makanan. Hal ini tidak memerlukan kami mengeluarkan modal kerana kami hanya akan meneydiakan perkhidmatan mengikut modal yang dibayar oleh pembeli. 

Sasaran pelanggan kami dari segi geografi ialah,kami telah mengenalpasti pelanggan kami tertumpu dalam kawasan kampus universiti malaya dan kawasan sekekililng pantai dalam yang mempunyai kepadatan penduduk yang ramai. Penduduk yang ramai di kawasan ini menyebabkan wujudnya kehendak yang pelbagai dan sukar untuk dipenuhi. Dengan populasi penduduk yang ramai ini kami mampu mendapatkan skop pasaran yang luas dan menagut keuntungan. Cuaca yang panas di kawasan yang kami pilih ini membolehkan kami menyediakan buah-buahan yang segar untuk disajikan kepada pelanggan-pelanggan kami.

Jika dilihat pada tumpuan pelanggan di kawasan Universiti Malaya, kami berpendapat bahawa ia tidak menjadi masalah kepada kami untuk meluaskan perniagaan yang bakal kami usahakan ini. Hal ini demikian kerana, pusat-pusat atau fakulti-fakulti di dalam universiti malaya sendiri sering menjalankan pelbagai program kepada pelajarr-pelajar. sebagai contoh hari interaksi, majlis makan malam, dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik. Oleh yang demikian, kami dapat menarik minat mereka untuk mencuba perkhidmatan yang bakal kami sediakan kepada mereka. Konsepnya mudah, hanya menyatakan modal yang diingini, dan makanan yang mahu dipilih, akan terhasillah satu booth kecil yang bakal menghidangkan pencuci mulut dan manisan yang menyelerakan! jadi, ia tidak menjadi masalah kepada kami untuk menarik perhatian mereka kerana ia pasti memuaskan hati semua pelangaan.

1 comment:

  1. SlotyCity.com Casino and Hotel Review, Ratings & Prices
    Read real casino review & view photos, hours, 사천 출장안마 directions, 의왕 출장샵 phone number & more for 목포 출장마사지 SlotyCity.com 전라남도 출장마사지 Casino and Hotel in Las Vegas, Nevada. 서울특별 출장안마

    ReplyDelete