Thursday 8 November 2012

MUHAMMAD ADIB BIN YAACOB (JEB 120005)


Apa yang saya rasa dan saya pelajari melalui aktiviti ini ?

Selepas mempelajari aktiviti pada minggu kelapan ini, saya merasakan diri saya lebih bersemangat untuk mengharungi kehidupan dalam dunia nyata yang penuh dengan pancaroba dan persaingan ini. Hal ini demikian kerana, melalui aktiviti ini setiap orang diberi tugas atau tanggungjawab yang tersendiri iaitu tanggungjawab yang akan kita tempuhi dalam alam pekerjaan yang nyata kelak. Sepanjang aktiviti ini berlansung saya telah memberikan seratus peratus penglibatan. Aktiviti pertama yang kami lakukan ialah aktiviti melakukan ‘ombak’ . Saya telah  mempelajari sesuatu yang baru dalam kehidupan ini. Antaranya ialah dalam dunia nyata kita perlulah peka, bekerjasama dan jangan mengenal erti putus asa. Bagi aktiviti kedua pula iaitu aktiviti pembahagian tugasan, saya telah dipilih menjadi usahawan. Dalam aktiviti ini, saya telah mempelajari langkah-langkah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Apa yang saya pelajari apabila menjadi seorang usahawan ?

Pada minggu kelapan , kami telah dibahagikan kepada beberapa tugasan. Saya telah terpilih untuk menjadi seorang usahawan. Perniagaan yang perlu saya usahakan ialah perniagaan dalam bidang makanan. Saya telah memilih Utara Food Enterprise sebagai nama syarikat saya yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia(ahli kumpulan yang menerima tugasan ini). Makanan yang saya pilih ialah ‘Oreo Goreng’ iaitu merupakan makanan yang saya cipta sendiri tanpa menciplak daripada mana-mana syarikat lain. Perkara utama yang saya telah pelajari apabila menjadi usahawan ialah, saya perlu berfikiran kreatif dan kritis. Selain itu, dalam alam keusahawanan, inovasi sangat penting. Hal ini demikian kerana, usahawan sentiasa berfikiran kehadapan dan sentiasa berfikir untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti disamping menurunkan kos pengeluaran. Melalui inovasi, hal ini dapat dicapai. Selain itu, inovasi merupakan kayu ukur kejayaan seseorang usahawan. Dalam aktiviti ini juga, saya telah mempelajari cara-cara menguruskan sebuah syarikat. Sebagai contoh saya perlu mendaftarkan nama syarikat saya, mengira bajet perniagaan, membuat pinjaman dan memikirkan cara yang paling berkesan agar orang ramai dapat mengenali nama produk dan syarikat saya.

No comments:

Post a Comment