Psikografi
Selain itu kejayaan
sesebuah syarikat itu juga bergantung kepada penyasaran dari aspek psikografi
yang dilakukan pemasar. Oleh itu kaedah asas psikografi ini cuba untuk
membahagikan pasaran kepada kumpulan-kumpulan berdasarkan kelas sosial iaitu, kedudukan
seseorang dalam masyarakat, gaya hidup dan ciri-ciri personaliti seseorang.
Faktor pertama yang dilihat didalam aspek pskografi iaitu dari segi kelas
sosial dimana ia mencerminkan nilai dan keutamaan yang berbeza dari segi corak
belian yang dibuat oleh kelas atasan, pertengahan, dan bawahan. Didalam kelas
sosial apa yang kita dapat lihat iaitu bagi pasaran penyediaan perkhidmatan
coklat ini ia lebih kepada golongan yang berada di kelas atasan yang lebih
berminat ketika sebarang majlis dengan membeli produk kami. Dimana mereka lebih
mementingkan didalam menjaga status mereka sebagai orang-orang yang penting dan
kenamaan berbanding dengan masyarakat yang berada di kelas bawahan yang mana
mereka jarang sekali dalam mengambil perkhidmatan penyediaan coklat ini ketika
majlis kerana mereka hanya menganggap produk ini sebagai barangan sampingan
sahaja.
Didalam aspek psikografi ini juga melibatkan dalam faktor Gaya atau Corak hidup yang mana Ia menerangkan tentang aktiviti, minat, dan pendapat kumpulan pasaran tentang aspek-aspek kehidupan seperti kesihatan, kecergasan, persekitaran dan sebagainya. Jika kita lihat gaya hidup seseorang itu yang mana individu tersebut minat terhadap sesuatu produk itu, maka sesuatu pembelian itu bergantung kepada tahap minat individu tersebut. Kini kebanyakkan golongan remaja berminat akan produk yang kami tawarkan. Begitu juga ketika sebarang majlis yang mereka lansungkan tambahan lagi di Universiti Malaya ini kebanyakkan pelajar terdiri daripada golongan remaja maka minat mereka terhadap coklat adalah tinggi dan jika terdapat sebarang majlis tidak mustahil mereka akan mengambil produk kami sebagai memeriahkan majlis.
Selain itu faktor personaliti juga terdapat didalam aspek psikografi iaitu seperti melibat seseorang individu yang inginkan kelainan. Mungkin juga dikalangan pelajar inginkan kelainan ketika sebarang majlis dilangsungka. Maka produk kami mungkin akan menjadi pilihan mereka.

No comments:
Post a Comment