Monday, 12 November 2012

MUHAMMAD AMIN BIN ABDUL WAHAB (JEB110724)

Apa yang saya rasa dan saya pelajari melalui aktiviti ini?

Selepas melalui aktiviti-aktiviti yang telah diadakan pada minggu ke lapan, saya merasakan bahawa masih banyak lagi kekurangan yang terdapat dalam diri saya, oleh itu saya berasa amat beruntung kerana dapat mengisi ruang-ruang kekosongan dari segi kemahiran yang masih belum ada dalam diri saya. Apa yang telah saya pelajari melalui aktiviti tersebut ialah setiap individu seharusnya mempunyai sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri terlebih dahulu sebelum memikul tanggungjawab daripada orang lain. Ini kerana segalanya bermula dari diri sendiri, jikalau keadaan diri sendiri masih belum teguh, bagaimanakah kita mampu untuk melakukan kerja yang melibatkan diri orang lain? Oleh itu, daripada pendapat saya, sifat bertanggungjawab merupakan sifat yang paling penting dalam diri kita dalam melakukan kerja tidak kira dari bentuk kerja apa pun.

Apa yang saya pelajari apabila menjadi seorang usahawan?

Di antara aktivi-aktiviti yang telah dijalankan pada minggu ke lapan, kita telah dibahagikan kepada kumpulan masing-masing dan saya telah terpilih menjadi seorang usahawan. Sebagai seorang usahawan, kumpulan kami telah memilih untuk menceburi bidang makanan dengan menjual makanan yang telah diciptakan sendiri iaitu 'Oreo Goreng.' Kami telah bercadang untuk mengadakan bisnes menjual 'Oreo Goreng' ini ialah kerana kami berpendapat bahawa generasi pada masa kini amat gemar untuk mengisi perut mereka, lebih-lebih lagi dengan bentuk makanan yang baru. Oleh kerana 'Oreo Goreng' ini belum pernah ada yang menjualnya, kumpulan kami sebagai Usahawan merasakan bahawa bisnes menjual makanan ini pasti akan mendapat sokongan ramai.

Selain daripada itu, sebagai seorang usahawan, kita seharusnya berfikiran lebih terbuka dalam mengendalikan tugas dan sentiasa memikirkan cara untuk terus maju pada masa-masa akan datang supaya bisnes yang bakal kami jalankan bukan hanya akan mendapat sokongan bukan hanya dalam tempoh masa yang singkat bahkan ianya dapat diberikan sokongan dalam jangka masa yang panjang. Dengan itu, untuk menjayakan lakaran bisnes ini setiap individu seharusnya melakukan kerja-kerja yang telah diberikan kepada masing-masing dengan teliti dan baik.

No comments:

Post a Comment