Apa yang saya rasa dan saya pelajari
melalui aktiviti ini?
Aktiviti kelmarin telah memberi peluang
kepada setiap pelajar mengumpul pengalaman menjadi pihak-pihak yang terlibat
dalam urus niaga biasa dalam sesebuah perniagaan. Walaupun ia hanya aktiviti
yang mudah, saya dapat melihat cara urus niaga yang melibatkan registrar, banker,
company (employer), employee, customer dan supplier. Saya pelajari
cara yang betul dalam mewujudkan hubungan professional antara pihak.
Di samping itu, saya dapat mengenalpasti
kekurangan serta kekuatan saya apabila mencuba berkomunikasi dengan pihak-pihak
yang lain. Saya berpendapat bahawa aktiviti ini banyak membantu pelajar dalam
berkomunikasi serta mendidik pelajar tentang urus niaga yang asas. Selain itu,
saya dapat melihat bahawa tanggungjawab dan amanah yang dipegang oleh setiap
pihak yang terlibat amat penting di samping cara komunikasi yang baik.
Perkara-perkara ini merupakan perkara asas yang wajib wujud dalam setiap
individu yang terlibat.
Apa yang saya pelajari apabila menjadi
seorang usahawan?
Saya dipilih menjadi seorang pengguna
atau consumer. Sebagai seorang pengguna, saya harus membuka akaun, membuat
pinjaman wang atau mengeluarkan wang dari akaun di bank. Sebaga pengguna, saya
dapat melihat cara-cara berbeza yang digunakan oleh para usahawan untuk memikat
pelanggan agar melanggan jualan mereka. Ada yang memberi tawaran yang hebat,
ada pula yang cuba menjual produk pada harga yang dianggap murah.
Seorang pelanggan atau pengguna merupakan
antara pihak yang penting dalam menentukan keuntungan sebuah syarikat atau
seorang usahawan kerana dapatan yang diraih kebanyakannya dari usaha penjualan
kepada pelanggan. Oleh itu, kebolehan sesebuah syarikat untuk menarik pembeli
amat penting. Sebagai seorang pelanggan, saya boleh menerima atau menolak
tawaran yang diberikan. Dalam erti kata lain, saya tiada obligasi untuk membeli
sesutatu produk dari mana-mana usahawan, contohnya pembelian "oreo
goreng" yang dipasarkan oleh usahawan dalam aktiviti. Setiap pengurusan
adalah bebas. Sebagai seorang pelanggan, saya merasakan bahawa keunikan dan
daya penarik sesebuah produk yang dijual memainkan peranan besar dalam aspek
menarik minat untuk membeli. Sesebuah produk yang eksklusif mungkin dapat
menjamin pembelian dari pihak pengguna kerana keunikannya. Jikalau sesebuah
produk yang dijual itu dapat dicari dengan mudah, pelanggan tersebut akan
mencari produk alternatif yang lebih murah. Strategi harga (pricing strategy)
dari pihak penjual juga dapat mempengaruhi pelanggan.
Sebagai seorang consumer, saya
juga mengalami bajet yang terhad (faktor luaran seperti dapatan dsb) Dengan
itu, harga sesebuah produk merupakan antara faktor yang penting dalam
menentukan "tahap keperluan"
No comments:
Post a Comment