Apakah yang saya pelajari pada kuliah lepas??
Melalui penglibatan diri dalam aktiviti yang telah dijalankan, saya berasa ia sangat membantu para pelajar dalam mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang lain. Hal ini jika dilihat dalam konteks aktiviti tempoh hari, cara-cara berinteraksi dengan usahawan, pendaftar, pihak bank, dan pembekal. Di samping itu, aktiviti yang dijalankan juga dapat mengajar para pelajar bagaimana turutan yang betol dan cara-cara yang perlu dilakukan oleh setiap pihak untuk menubuhkan sesuatu perniagaan mahupun menjalankan urusan dengan pihak yang lain.
Apakah yang saya pelajari apabila saya menjadi seorang usahawan?
Pada minggu lepas, saya telah menjadi seorang pembekal apabila sebulat suara dari ahli kumpulan memilih posisi masing-masing di dalam perniagaan. Semasa menjalankan aktiviti tersebut, saya dapat memahami bagaimanakah aliran yang perlu dilakukan oleh seorang pembekal untuk mendapatkan pelanggan bagi membeli barang-barang yang dibekalkan. pada mulanya seorang pembekal mestilah membuat pinjaman dari bank dan menghasilkan produk yang ingin dibekalkan, membeli mesin-mesin yang digunakan untuk menghasilkan bekalan dan bahan-bahan yang terbaik bagi usahawan yang akan menjalankan perniagaan mereka. oleh yang demikian, saya telah mempelajari pelbagai aspek positif dan negatif semasa menjalani aktiviti tersebut.
No comments:
Post a Comment