Tuesday, 13 November 2012

Ishak Sairozi JEB120003

Aktiviti yang telah dijalankan menunjukkan penglibatan saya sebagai alah seorang yang terlibat dalam perniagaan. kami telah didedahkan dengan pihak-pijak yang wujud dalam perniaagaan seperti  pendaftar,pelanggan,pemberi pinjaman,pembekal ushawan dan pekerja. Saya telah dipilih menjdai pekerja dan ini memberikan saya peluang untuk melihat dunia perniagaan dari aspek pekerja.

Sebagai seorang pekerja ,saya mendapati terdapat banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pihak majikna, namun tidak semuanya berkelayakan dengan apa yang sesorang pekerja milik. Sesetengah majikan hanya menawwarkan pekerjaan yang tidak ada kaitan dengan kepakaran yang sesetengah pekrja miliki. Ini menjadikan kami pihak pekerja terpaksa menolak sikap memilih pekerjaan bagi mengelakkan kami menganggur.

Selain itu,pihak pekerja juga harus bersaing sesama sendiri bagi mendapatkan pekerjaan dari pihak majikan . Setiap majikan yang menawarkan gaji yang tinggi pasti memiliki keupayaan untuk mengupah pekerja yang terbaik dari sektor buruh. justeru kami sebagai pekerja harus memiliki kualit kerja yang tinggi bagi membplehkan kami dipandang oleh majikan dan membuatkan kami berusaha untuk mendapatkan pekerjaan di syarikat mereka.

dari apa yang saya pelajari saya sedar untuk menjadi pekerja, sikap memilih pekrjaan tidak boleh wujud. dan sebagai soerang pekerja sikap menunggu tidak boleh ada sebaliknya ia harus diotukar kepada sifat mencari peluang. Proa aktif perlu ada dalam diri setipa insan yang bergelar oekerja.

Monday, 12 November 2012

AMIRAH NABILAH BTE JAAFAR (JEB 110723)


Apa yang saya rasa dan saya pelajari melalui aktiviti ini?

Aktiviti kelmarin telah memberi peluang kepada setiap pelajar mengumpul pengalaman menjadi pihak-pihak yang terlibat dalam urus niaga biasa dalam sesebuah perniagaan. Walaupun ia hanya aktiviti yang mudah, saya dapat melihat cara urus niaga yang melibatkan registrar, banker, company (employer), employee, customer dan supplier. Saya pelajari cara yang betul dalam mewujudkan hubungan professional antara pihak. 

Di samping itu, saya dapat mengenalpasti kekurangan serta kekuatan saya apabila mencuba berkomunikasi dengan pihak-pihak yang lain. Saya berpendapat bahawa aktiviti ini banyak membantu pelajar dalam berkomunikasi serta mendidik pelajar tentang urus niaga yang asas. Selain itu, saya dapat melihat bahawa tanggungjawab dan amanah yang dipegang oleh setiap pihak yang terlibat amat penting di samping cara komunikasi yang baik. Perkara-perkara ini merupakan perkara asas yang wajib wujud dalam setiap individu yang terlibat.

Apa yang saya pelajari apabila menjadi seorang usahawan?

Saya dipilih menjadi seorang pengguna atau consumer. Sebagai seorang pengguna, saya harus membuka akaun, membuat pinjaman wang atau mengeluarkan wang dari akaun di bank. Sebaga pengguna, saya dapat melihat cara-cara berbeza yang digunakan oleh para usahawan untuk memikat pelanggan agar melanggan jualan mereka. Ada yang memberi tawaran yang hebat, ada pula yang cuba menjual produk pada harga yang dianggap murah.


Seorang pelanggan atau pengguna merupakan antara pihak yang penting dalam menentukan keuntungan sebuah syarikat atau seorang usahawan kerana dapatan yang diraih kebanyakannya dari usaha penjualan kepada pelanggan. Oleh itu, kebolehan sesebuah syarikat untuk menarik pembeli amat penting. Sebagai seorang pelanggan, saya boleh menerima atau menolak tawaran yang diberikan. Dalam erti kata lain, saya tiada obligasi untuk membeli sesutatu produk dari mana-mana usahawan, contohnya pembelian "oreo goreng" yang dipasarkan oleh usahawan dalam aktiviti. Setiap pengurusan adalah bebas. Sebagai seorang pelanggan, saya merasakan bahawa keunikan dan daya penarik sesebuah produk yang dijual memainkan peranan besar dalam aspek menarik minat untuk membeli. Sesebuah produk yang eksklusif mungkin dapat menjamin pembelian dari pihak pengguna kerana keunikannya. Jikalau sesebuah produk yang dijual itu dapat dicari dengan mudah, pelanggan tersebut akan mencari produk alternatif yang lebih murah. Strategi harga (pricing strategy) dari pihak penjual juga dapat mempengaruhi pelanggan. 

Sebagai seorang consumer, saya juga mengalami bajet yang terhad (faktor luaran seperti dapatan dsb) Dengan itu, harga sesebuah produk merupakan antara faktor yang penting dalam menentukan "tahap keperluan"  

MUHAMMAD AMIN BIN ABDUL WAHAB (JEB110724)

Apa yang saya rasa dan saya pelajari melalui aktiviti ini?

Selepas melalui aktiviti-aktiviti yang telah diadakan pada minggu ke lapan, saya merasakan bahawa masih banyak lagi kekurangan yang terdapat dalam diri saya, oleh itu saya berasa amat beruntung kerana dapat mengisi ruang-ruang kekosongan dari segi kemahiran yang masih belum ada dalam diri saya. Apa yang telah saya pelajari melalui aktiviti tersebut ialah setiap individu seharusnya mempunyai sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri terlebih dahulu sebelum memikul tanggungjawab daripada orang lain. Ini kerana segalanya bermula dari diri sendiri, jikalau keadaan diri sendiri masih belum teguh, bagaimanakah kita mampu untuk melakukan kerja yang melibatkan diri orang lain? Oleh itu, daripada pendapat saya, sifat bertanggungjawab merupakan sifat yang paling penting dalam diri kita dalam melakukan kerja tidak kira dari bentuk kerja apa pun.

Apa yang saya pelajari apabila menjadi seorang usahawan?

Di antara aktivi-aktiviti yang telah dijalankan pada minggu ke lapan, kita telah dibahagikan kepada kumpulan masing-masing dan saya telah terpilih menjadi seorang usahawan. Sebagai seorang usahawan, kumpulan kami telah memilih untuk menceburi bidang makanan dengan menjual makanan yang telah diciptakan sendiri iaitu 'Oreo Goreng.' Kami telah bercadang untuk mengadakan bisnes menjual 'Oreo Goreng' ini ialah kerana kami berpendapat bahawa generasi pada masa kini amat gemar untuk mengisi perut mereka, lebih-lebih lagi dengan bentuk makanan yang baru. Oleh kerana 'Oreo Goreng' ini belum pernah ada yang menjualnya, kumpulan kami sebagai Usahawan merasakan bahawa bisnes menjual makanan ini pasti akan mendapat sokongan ramai.

Selain daripada itu, sebagai seorang usahawan, kita seharusnya berfikiran lebih terbuka dalam mengendalikan tugas dan sentiasa memikirkan cara untuk terus maju pada masa-masa akan datang supaya bisnes yang bakal kami jalankan bukan hanya akan mendapat sokongan bukan hanya dalam tempoh masa yang singkat bahkan ianya dapat diberikan sokongan dalam jangka masa yang panjang. Dengan itu, untuk menjayakan lakaran bisnes ini setiap individu seharusnya melakukan kerja-kerja yang telah diberikan kepada masing-masing dengan teliti dan baik.

Thursday, 8 November 2012

EZNE EZUREEN BINTI RASHID ( JEB 120002 )

 Apakah yang saya pelajari pada kuliah lepas??
Melalui penglibatan diri dalam aktiviti yang telah dijalankan, saya berasa ia sangat membantu para pelajar dalam mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang lain. Hal ini jika dilihat dalam konteks aktiviti tempoh hari, cara-cara b
erinteraksi dengan usahawan, pendaftar, pihak bank, dan pembekal. Di samping itu, aktiviti yang dijalankan juga dapat mengajar para pelajar bagaimana turutan yang betol dan cara-cara yang perlu dilakukan oleh setiap pihak untuk menubuhkan sesuatu perniagaan mahupun menjalankan urusan dengan pihak yang lain. 



Apakah yang saya pelajari apabila saya menjadi seorang usahawan?

Pada minggu lepas, saya telah menjadi seorang pembekal apabila sebulat suara dari ahli kumpulan memilih posisi masing-masing di dalam perniagaan. Semasa menjalankan aktiviti tersebut, saya dapat memahami bagaimanakah aliran yang perlu dilakukan oleh seorang pembekal untuk mendapatkan pelanggan bagi membeli barang-barang yang dibekalkan. pada  mulanya seorang pembekal mestilah membuat pinjaman dari bank dan menghasilkan produk yang ingin dibekalkan, membeli mesin-mesin yang digunakan untuk menghasilkan bekalan dan bahan-bahan yang terbaik bagi usahawan yang akan menjalankan perniagaan mereka. oleh yang demikian, saya telah mempelajari pelbagai aspek positif dan negatif semasa menjalani aktiviti tersebut. 


MUHAMMAD ADIB BIN YAACOB (JEB 120005)


Apa yang saya rasa dan saya pelajari melalui aktiviti ini ?

Selepas mempelajari aktiviti pada minggu kelapan ini, saya merasakan diri saya lebih bersemangat untuk mengharungi kehidupan dalam dunia nyata yang penuh dengan pancaroba dan persaingan ini. Hal ini demikian kerana, melalui aktiviti ini setiap orang diberi tugas atau tanggungjawab yang tersendiri iaitu tanggungjawab yang akan kita tempuhi dalam alam pekerjaan yang nyata kelak. Sepanjang aktiviti ini berlansung saya telah memberikan seratus peratus penglibatan. Aktiviti pertama yang kami lakukan ialah aktiviti melakukan ‘ombak’ . Saya telah  mempelajari sesuatu yang baru dalam kehidupan ini. Antaranya ialah dalam dunia nyata kita perlulah peka, bekerjasama dan jangan mengenal erti putus asa. Bagi aktiviti kedua pula iaitu aktiviti pembahagian tugasan, saya telah dipilih menjadi usahawan. Dalam aktiviti ini, saya telah mempelajari langkah-langkah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Apa yang saya pelajari apabila menjadi seorang usahawan ?

Pada minggu kelapan , kami telah dibahagikan kepada beberapa tugasan. Saya telah terpilih untuk menjadi seorang usahawan. Perniagaan yang perlu saya usahakan ialah perniagaan dalam bidang makanan. Saya telah memilih Utara Food Enterprise sebagai nama syarikat saya yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia(ahli kumpulan yang menerima tugasan ini). Makanan yang saya pilih ialah ‘Oreo Goreng’ iaitu merupakan makanan yang saya cipta sendiri tanpa menciplak daripada mana-mana syarikat lain. Perkara utama yang saya telah pelajari apabila menjadi usahawan ialah, saya perlu berfikiran kreatif dan kritis. Selain itu, dalam alam keusahawanan, inovasi sangat penting. Hal ini demikian kerana, usahawan sentiasa berfikiran kehadapan dan sentiasa berfikir untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti disamping menurunkan kos pengeluaran. Melalui inovasi, hal ini dapat dicapai. Selain itu, inovasi merupakan kayu ukur kejayaan seseorang usahawan. Dalam aktiviti ini juga, saya telah mempelajari cara-cara menguruskan sebuah syarikat. Sebagai contoh saya perlu mendaftarkan nama syarikat saya, mengira bajet perniagaan, membuat pinjaman dan memikirkan cara yang paling berkesan agar orang ramai dapat mengenali nama produk dan syarikat saya.

Thursday, 1 November 2012

SASARAN PERNIAGAAN

Setiap perniagaan mempunyai sasaran pasarannya yang tersendiri. Oleh itu, kami juga mempunyai sasaran pasaran kami yang tersendiri. Sasaran pasaran bagi perniagaan kami iaitu, perniagaan  rancang dan sedia makanan pencuci mulut dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu berdasarkan aspek demografi, geografi, dan psikografi.

Psikografi

Selain itu kejayaan sesebuah syarikat itu juga bergantung kepada penyasaran dari aspek psikografi yang dilakukan pemasar. Oleh itu kaedah asas psikografi ini cuba untuk membahagikan pasaran kepada kumpulan-kumpulan berdasarkan kelas sosial iaitu, kedudukan seseorang dalam masyarakat, gaya hidup dan ciri-ciri personaliti seseorang. Faktor pertama yang dilihat didalam aspek pskografi iaitu dari segi kelas sosial dimana ia mencerminkan nilai dan keutamaan yang berbeza dari segi corak belian yang dibuat oleh kelas atasan, pertengahan, dan bawahan. Didalam kelas sosial apa yang kita dapat lihat iaitu bagi pasaran penyediaan perkhidmatan coklat ini ia lebih kepada golongan yang berada di kelas atasan yang lebih berminat ketika sebarang majlis dengan membeli produk kami. Dimana mereka lebih mementingkan didalam menjaga status mereka sebagai orang-orang yang penting dan kenamaan berbanding dengan masyarakat yang berada di kelas bawahan yang mana mereka jarang sekali dalam mengambil perkhidmatan penyediaan coklat ini ketika majlis kerana mereka hanya menganggap produk ini sebagai barangan sampingan sahaja.
Didalam aspek psikografi ini juga melibatkan dalam faktor Gaya atau Corak hidup yang mana Ia menerangkan tentang aktiviti, minat, dan pendapat kumpulan pasaran tentang aspek-aspek kehidupan seperti kesihatan, kecergasan, persekitaran dan sebagainya. Jika kita lihat gaya hidup seseorang itu yang mana individu tersebut minat terhadap sesuatu produk itu, maka sesuatu pembelian itu bergantung kepada tahap minat individu tersebut. Kini kebanyakkan golongan remaja berminat akan produk yang kami tawarkan. Begitu juga ketika sebarang majlis yang mereka lansungkan tambahan lagi di Universiti Malaya ini kebanyakkan pelajar terdiri daripada golongan remaja maka minat mereka terhadap coklat adalah tinggi dan jika terdapat sebarang majlis tidak mustahil mereka akan mengambil produk kami sebagai memeriahkan majlis.
Selain itu faktor personaliti juga terdapat didalam aspek psikografi iaitu seperti melibat seseorang individu yang inginkan kelainan. Mungkin juga dikalangan pelajar inginkan kelainan ketika sebarang majlis dilangsungka. Maka produk kami mungkin akan menjadi pilihan mereka.

SASARAN PERNIAGAAN

Setiap perniagaan mempunyai sasaran pasarannya yang tersendiri. Oleh itu, kami juga mempunyai sasaran pasaran kami yang tersendiri. Sasaran pasaran bagi perniagaan kami iaitu, perniagaan  rancang dan sedia makanan pencuci mulut dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu berdasarkan aspek demografi, geografi, dan psikografi.

Perniagaan yang menguntungkan pastinya perniagaan yang tidak menggunakan modal yang banyak dan memiliki skop pasaran yang luas. Dengan cara meminimumkan kos pengeluaran usahawan dapat memaksimumkan keuntungan . Justeru kami telah memilih untuk menjalankan perniagaan sebagai ejen penyedia booth makanan. Hal ini tidak memerlukan kami mengeluarkan modal kerana kami hanya akan meneydiakan perkhidmatan mengikut modal yang dibayar oleh pembeli. 

Sasaran pelanggan kami dari segi geografi ialah,kami telah mengenalpasti pelanggan kami tertumpu dalam kawasan kampus universiti malaya dan kawasan sekekililng pantai dalam yang mempunyai kepadatan penduduk yang ramai. Penduduk yang ramai di kawasan ini menyebabkan wujudnya kehendak yang pelbagai dan sukar untuk dipenuhi. Dengan populasi penduduk yang ramai ini kami mampu mendapatkan skop pasaran yang luas dan menagut keuntungan. Cuaca yang panas di kawasan yang kami pilih ini membolehkan kami menyediakan buah-buahan yang segar untuk disajikan kepada pelanggan-pelanggan kami.

Jika dilihat pada tumpuan pelanggan di kawasan Universiti Malaya, kami berpendapat bahawa ia tidak menjadi masalah kepada kami untuk meluaskan perniagaan yang bakal kami usahakan ini. Hal ini demikian kerana, pusat-pusat atau fakulti-fakulti di dalam universiti malaya sendiri sering menjalankan pelbagai program kepada pelajarr-pelajar. sebagai contoh hari interaksi, majlis makan malam, dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik. Oleh yang demikian, kami dapat menarik minat mereka untuk mencuba perkhidmatan yang bakal kami sediakan kepada mereka. Konsepnya mudah, hanya menyatakan modal yang diingini, dan makanan yang mahu dipilih, akan terhasillah satu booth kecil yang bakal menghidangkan pencuci mulut dan manisan yang menyelerakan! jadi, ia tidak menjadi masalah kepada kami untuk menarik perhatian mereka kerana ia pasti memuaskan hati semua pelangaan.