Ishak: Saya telah mengidentifikasikan siapa diri saya dalam masa 4 tahun akan datang kemudian saya telah mengenalpasti masalah-masalah yang akan saya hadapi untuk mencapai cita-cita tersebut. Saya juga telah merancang bagaimana untuk menyahkan segala masalah-masalah tersebut dengan memperlengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan untuk mencapai apa yang saya citakan.
Saya rasa lebih yakin untuk mencapai cita-cita saya. Saya mampu menjadikan setiap halangan yang pernah saya igaukan kini sebagai memori lampau yang telah berjaya dihapuskan hasil daripada penyenaraian kemahiran-kemahiran yang saya patut miliki untuk mencapai cita-cita saya.
Ezne: Sepanjang kursus berlangsung, saya telah mempelajari beberapa perkara. Antaranya;
* Apakah yang akan berlaku atau saya capai dalam tempoh masa 4 tahun lagi
* Apakah halangan-halangan yang akan saya tempuh untuk mencapai cita-cita saya
* Kemahiran yang diperlukan untuk mencapai cita-cita
Amirah: Saya telah mengenalpasti apa bidang yang akan saya ceburi dalam masa 4-5 tahun yang akan datang. Juga, saya telah mengenalpasti halangan dan masalah yang bakal saya hadapi dalam mengejar cita-cita saya. Disamping itu, saya telah menentukan jenis-jenis kemahiran yang akan diperlukan dalam menceburi bidang yang saya impikan.
Amin: Sepanjang kursus ini dijalankan, saya telah mempelajari bahawa kita harus sentiasa bersikap positif demi mencapai matlamat yang telah kita rancangkan. Hidup tidak selalunya mudah dan langit tidak selalunya cerah, Kita harus menjangkakan masalah yang bakal dihadapi dan juga bersiap sedia untuk menghadapinya. Selain daripada itu, demi mencapai matlamat tersebut, kita seharusnya memperlengkapkan diri kita dengan beberapa kemahiran yang perlu ada dalam diri kita. Melalui kursus ini juga saya telah mengenalpasti beberapa kemahiran yang perlu ada dalam diri setiap individu yang ingin berjaya. Setiap halangan haruslah dihadapi dengan cara yang profesional.
Di samping itu, kursus ini juga telah melatih kita untuk merancang masa depan kita, contohnya kita diarahkan untuk menjangkakan apa yang akan berlaku terhadap diri kita dalam masa empat tahun yang akan datang. Melalui aktiviti ini sekurang-kurangnya kita telah menetapkan perancangan masa depan kita dan apa yang perlu dilakukan ialah melakarkan cara untuk mencapai dan melaksanakan perancangan tersebut.
Amira: Sepanjang kursus ini berlangsung, saya dapat terdapat beberapa faedah yang saya perolehi :
- Saya dapat melihat tahap kemampuan saya didalam beberapa kemahiran
- saya juga dapat menganalisa diri saya untuk beberapa tahun akan datang
- Dapat mewujudkan sikap-sikap yang positif dalam diri saya seperti, kemahiran daya saing, lebih yakin dan ingin mencuba sesuatu yang baru
Adib:
-
Saya belajar mengenalpasti impian saya 4 tahun dari sekarang
-
Belajar mengenalpasti halangan yang perlu saya tempuhi bagi merealisasikan impian saya
-
Belajar untuk melakukan kerja berpasukan
-
Mengenalpasti nilai-nilai murni yang ada dalam setiap ahli kumpulan
-
Belajar menghargai masa
- Kita perlu berfikir di luar kotak pemikiran bagi menghasilkan produk yang inovatif
Hisyam
-saya mempelajari apa yang akan berlaku pada saya dalam jangka masa 4 tahun akan datang
-selain itu,saya juga dapat mengidentifikasikan masalah atau kekangan yang saya akan hadapibagi menggapai cita-cita tersebut.
-bagi memastikan kekangan tersebut dapat dilenyapkan,saya juga bersedia dengan kemahiran-kemahiran yang perlu ada dalam diri saya untuk mencapai impian.
2) Di manakah dan bagaimanakah saya boleh mengaplikasikan apa yang telah saya belajar?
Ishak: Saya akan cuba utnuk mengaplikasikan kaedah ini dimana sahaja dan pada bila-bila masa sekiranya saya menghadapi ketakutan untuk meneruskan impian dan sebagai perangsang dan pembakar semangat untuk saya mengatasi halangan yang berada sebelum kejayaan.
Ezne: Selepas menjalani kursus ini selama lebih 2 jam, saya berasakan saya dapat mengaplikasikan apa yang saya pelajari melalui proses menyiapkan kerja kursus bersama kumpulan, mahupun semasa kehidupan seharian. Hal ini kerana, jika dilihat pada aspek kemahiran yang diperlukan dalam mencapai cita-cita, saya dapat mengetahui apakah aspek diri yang kurang dalam diri saya. Oleh itu, saya dapat memperbaiki diri saya supaya dapat bekerjasama dengan orang lain dengan lebih baik lagi.
Pengaplikasian melalui proses menyiapkan kerja kursus dapat dilihat jika saya dapat berkomunikasi dengan baik bersama rakan-rakan semasa menyiapkan tugasan yang dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian, kursus ini sangat membantu saya dan rakan-rakan menjadi insan yang kaya dengan nilai-nilai yang positif dalam menjalani kehidupan dunia.
Amirah: Saya sedar bahawa saya boleh mengaplikasikan apa yang saya pelajari dalam kehidupan harian sama ada secara individu mahupun secara kumpulan. Setelah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri, saya lebih jelas tentang apa yang harus dilakukan untuk mengatasi kelemahan tersebut dan mengubahnya untuk menjadi kekuatan.
Amin: Setiap ilmu yang dipelajari pasti akan terdapat faedahnya, mungkin kegunaannya tidak begitu menonjol pada waktu ini tetapi ia mungkin menjadi berguna pada masa-masa yang akan datang. Selain daripada itu, diantara tujuan kita belajar ialah untuk mengaplikasikan kemahiran yang telah kita pelajari di dalam kehidupan seharian kita
selagi mana mampu. Buat masa kini, kemahiran-kemahiran tersebut boleh digunakan dalam perlaksanaan kerja kursus tidak kira sama ada berbentuk kerja individu mahupun secara berkumpulan. Sekiranya kita dilantik menjadi ketua kumpulan, kemahiran-kemahiran yang dipelajari itu boleh diaplikasikan dalam cara bagaimana kita melaksanakan tugas sebagai seorang ketua, contohnya dalam membahagikan kerja dan juga memastikan tugasan yang diberikan kepada kumpulannya dapat dijalankan dengan lancar.
Amira : saya mungkin akan mengaplikasikan kemahiran ini untuk membentuk diri saya pada masa akan datang, yang mana kemahiran itu akan membantu saya dalam membina kehidupan saya setelah tamatkan pengajian saya di Universiti Malaya. saya akan mengaplikasikan segala kemahiran ini setelah tamat belajar, yang mana saya memang minat didalam bidang keusahawanan ini, saya juga merupakan seseorang yang anti kapitalis iaitu tidak gemar bekerja dibawah majikan. Jika saya mampu, saya akan membina perniagaan sendiri pada masa akan datang. Kini saya telah memulakan langkah dengan menjalankan perniagaan sendiri di peringkat permulaan yang mana hanya menumpukan pasaran sasaran didalam Universti Malaya.
Adib:
-
Dalam alam pengajian
-
Dalam alam pekerjaan
-
Dalam aktiviti harian
-
Bagi pembelajaran menepati masa, saya akan amalkan dalam aktiviti harian saya .Perkara
pertama yang akan saya lakukan ialah menepati waktu bangun pagi saya. Berdasarkan
pengamatan saya, sekiranya saya berupaya menepati waktu bangun pagi saya, saya akan
berupaya untuk menepati setiap masa saya yang lain.
-
Berfikiran kreatif dan inovatif. Saya akan cuba aplikasikan pemikiran kreatif dan inovatif
dalam penghasilan kajian lapangan asas pemikiran keusahawanan.
-
Kerja berpasukan. Saya akan aplikasikan dalam setiap aktiviti berkumpulan.
Hisyam:Dimana:dalam kehidupan berkeluarga-dalam kehidupan bermasyarakat-dalam alam pekerjaanBagaimana:saya akan berfikiran terbuka dan bersedia menerima pandangan orang lain untuk kebaikan bersama
-
Bagi pembelajaran menepati masa, saya akan amalkan dalam aktiviti harian saya .Perkara
pertama yang akan saya lakukan ialah menepati waktu bangun pagi saya. Berdasarkan
pengamatan saya, sekiranya saya berupaya menepati waktu bangun pagi saya, saya akan
berupaya untuk menepati setiap masa saya yang lain.
Ezne: Sepanjang sesi kursus, saya berasa lebih mengenali diri saya dan dapat menentukan apakah yang diperlukan oleh diri sendiri untuk memperbaiki diri demi menjadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang. Selain itu, melalui kursus ini juga, saya berasa lebih berminat untuk lebih mempelajari ilmu-ilmu keusahawanan untuk masa depan yang lebih cerah. Kemahiran-kemahiran yang perlu dititik beratkan untuk menjadi usahawan yang berjaya bukan sahaja diperlukan jika seseorang itu menjadi usahawan. Akan tetapi, ia juga diperlukan untuk menjadi insan yang lebih produktif dan berdaya saing.
Amirah: Sesi kursus selama 2 jam ini telah membuka mata saya kepada jenis-jenis bidang yang boleh saya ceburi sama ada saya berminat untuk menjadi usahawan atau tidak. Di samping itu, saya sedar bahawa setiap bidang pasti akan memerlukan sedikit sebanyak kemahiran keusahawanan. Kemahiran ini akan membantu saya maju dalam hidup kerana ia bukan sekadar menjual, tetapi ia melibatkan kemahiran berkomunikasi iaitu kemahiran yang amat penting kepada setiap individu.
Amin: Sepanjang kursus ini, saya merasakan bahawa masih banyak lagi yang perlu saya pelajari dan kehidupan ini tidak semudah yang saya jangkakan. Saya juga dapat mengenalpasti beberapa kelemahan di dalam diri saya dan juga dapat mengenalpasti kekurangan diri pada beberapa kemahiran yang baru saya pelajari. Justeru itu saya merasakan bahawa kursus ini dapat menambahkan lagi maklumat pada diri saya terutama sekali maklumat mengenai bidang keusahawanan. Maklumat-maklumat ini akan menjadi sesuatu yang berguna bagi saya sekiranya saya ingin menceburi bidang keusahawan setelah saya tamat pengajian di Universiti nanti.
Amira : saya berasa lebih yakin untuk membentuk masa depan saya, saya juga berasa lebih berani dalam mencuba sesuatu yang baru, yang mana berani mengambil risiko untuk mengambil pengalaman baru bagi membina kejayaan untuk masa hadapan.
Adib: Melalui pembelajaran hari ini, saya berasa tahap keyakinan saya lebih kemuncak .Selain itu, saya juga berasa sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana telah membuka mnda saya bagi mengenalpasti halangan yang perlu saya tempuhi bagi merealisasikan impian saya. Saya sangat bersyukur kerana apabila saya berupaya mengenalpasti masalah yang akan dihadapi dengan lebih awal , hal ini akan memudahkan saya untuk menyelesiakannya dan saya mempunyai jangka masa yanag panjang bagi mencari alternative bagi menyelesaikan masalah yang bakal diharungi.
Hisyam :
Saya amat teruja serta puas kerana ia dapat membuka mata dan benak fikiran saya kepada bidang keusahawanan apabila saya telah menceburi alam pekerjaan nanti.Saya juga akan menjadikan bidang keusahawanan ini sebagai sumber pendapatan saya suatu hari nanti
4) Apakah industri yang ingin anda ceburi?
Memandangkan makan dan minum merupakan diantara keperluan yang paling penting di dalam kehidupan seharian manusia, saya bercadang untuk menceburi bidang makanan dan mengkhususkan kepada makanan yang berbentuk pencuci mulut.
5) Apakah masalah yang terdapat pada syarikat yang dipilih?
Syarikat yang dipilih ialah Van Houten. Van Houten merupakan jenama coklat yang terkenal. Memandangkan idea kami berupa bentuk pencuci mulut jenis fondue, jenama coklat yang agak terkenal dalam coklat fondue ini adalah jenama Van Houten.
Syarikat ini merupakan syarikat yang besar dan mempunyai banyak cawangan di seluruh dunia. Perkara ini mungkin melibatkan pemasalahan komunikasi diantara cawangan-cawangan sedunia. Masalah komunikasi ini menjadi suatu masalh yang besar kerana ia akan melibatkan keputusan untuk arah tujuan syarikat pada masa hadapan.
Tidak melupakan, syarikat Van Houten mempunyai banyak pesaing lain seperti Cadbury, Toblerone, Nestle dan sebagainya. Syarikat ini wujud dalam struktur pemasaran yang dikenali sebagai "Monopolistic competition" di mana kesemua pesaingnya mempunyai produk yang seakan-akan. Memandangkan perkara ini, ia lebih mudah untuk syarikat-syarikat lain mengambil inovasi resepi mereka dan gunakan untuk keuntungan sendiri.
No comments:
Post a Comment